Menu
The Fellowship of the Ring Buku IIBuku II meriwayatkan Frodo ketika berada di Rivendell, where a plan is hatched to destroy the Ring in Mordor. Pada mulanya, Frodo berjumpa dengan pak ciknya, Bilbo yang tidak pernah dilihat sejak meninggalkan Hobbiton. Frodo bertolak dari dengan lapan teman yang lain: dua Manusia, Aragorn dan Boromir, anak kepada Penjaga Gondor; putera Elf, Legolas; kawan Frodo dan ahli sihir hebat, Gandalf; Gimli si orang Kerdill dan tiga teman Frodo yang asal. Kesembilan mereka dipilih untuk mewakili semua kaum yang bebas di Bumi-tengah dan sebagai immbangan bagi sembilan Penunggang Hitam. Mereka juga ditemani Bill si Kuda Padi yang mereka perolehi dari Bree. Mereka cuba untuk merentasi Pergunungan Misty tetapi dihalangan oleh salji sangat sangat tebal lalu mereka berpatah balik untuk melalui bawah gunung iaitu melalui Moria, kerajaan purba masyarakat Kerdil yang kini dipenuhi Orcs dan makluk jahat lain, di mana Gandalf jatuh ke dalam gaung ketika bertarung dengan Balrog.
Lapan ahli lain yang tinggal berada di Lothlórien buat sementara dan di sana, mereka menerima pemberian dari ratu Galadriel yang berguna dalam misi mereka. Mereka meninggalkan Lothórien dengan menggunakan sungai tetapi Frodo mula menyedari Cincin tersebut mula memberikan kesan kepada ahli Persahabatan terutamanya kepada Boromir yang cuba mengambil cincin itu dari Frodo. Lalu Frodo menyarungkan cincin ke jarinya untuk melarikan diri. Kemudian, Boromir diserang orc ketika melindungi Merry dan Pippin. Buku ini berakhir apabila Frodo dan Sam pergi ke Mordor dan Persahabatan Cincin kini dibubarkan.
Menu
The Fellowship of the Ring Buku IIBerkaitan
The Walt Disney Company The Beatles The Lord of the Rings The Hardest Singing Show The Malay Chronicles: Bloodlines The Masked Singer Malaysia (musim 4) The Avengers (filem 2012) The Boyz (kumpulan muzik Korea Selatan) The Legend of the Blue Sea The Masked Singer Malaysia (musim 1)Rujukan
WikiPedia: The Fellowship of the Ring http://www.gradesaver.com/ClassicNotes/Titles/fell... http://www.indepthinfo.com/tolkien/index.shtml http://www.sparknotes.com/lit/fellowship/index.htm... http://monomyth.org/index.php?module=article&view=...